Terperangkap aku dalam bulan terawal,
Luluh hati ini melihat luar jendela,
Indah belaka walaupun sekadar tipu dunia,
Asalkan aku bisa merasa,
Berikan aku masa untuk rasa bahagia,
Hati ini masih sedih,
Kalam lama ku masih mengimbau kenangan di jantung,
Terkoyak namun tidak berjahit,
Ku biar darah meleleh, tangan biarkan tadah,
Tiada kain yang sanggup menahannya,
Biarkan aku sendiri yang meresap kesakitannya,
Ramai ramai melihatku aneh,
Apabila mukaku pucat lesu berpuisi pilu,
Apa kata manusia tentangku?
Ku langsung tidak menoleh,
Kerana isi hati tiada yang tahu,
Biarpun beribu ribu karangan yang ku tulis tanda ku luah,
Biarpun berjuta juta balasan nasihat yang kau madah,
Tetap tidak merubah.
Aku sesal,
Sesal mengenal,
Sesal mengetahui,
Sesal mendekati,
Sesal mencintai,
Sesal merindui,
Sesal.
Hari Kesesalan yang paling berkesan atas aku.
Aku…
Adalah si Wanita Bernurani Terperangkap Di Luka Atas Minda Dan Jiwa.
(Eva)











